Friday 8 May 2015

CERPEN : KALAU DAH SUKA 2




Naim berdiri tegak dihadapan pintu  rumahnya. Nak bukak ke tak? Minah tu dah bangun ke? Tak kan tak bangun lagi? Matahari dah tegak atas kepala ni.


Arhh! Masuk jela. Naim mengeluarkan kunci lalu membuka mangga yang besar gedabak tu. Sebaik saja pintu dibuka, aroma yang amat menyelerakan menyapa hidungnya. Nasi goreng tomato! My favourite. Tapi siapa yang masak?

Naim menghala ke ruang tamu. Tiada orang. Selimut juga dibiarkan tidak berlipat. Ishh. Minah ni teruk betul. Tak reti nak kemas balik ke? Naim terus membawa selimut itu ditangan sebelum ke bilik untuk menyimpannya.

Sebaik sahaja lalu di hadapan dapur, kelihatan seorang gadis yang hanya memakai seluar ketat paras paha dengan baju baby doll sedang menghidang makanan. Perasan yang dirinya diperhati, gadis tersebut  terus mengangkat muka dan tersenyum manis ke arah Naim.

     "Good morning" sapa gadis itu ramah lalu berjalam ke arah Naim. 

Naim yang kelam kabut terus menjerit "Allah!" Lalu menutup mata sambil mencampak selimut ditangannya ke arah gadis tadi sehingga seluruh badan gadis tadi sudah dilitupi dengan selimut.

    "Kau! Pakai selimut tu. Jangan buang" arah Naim lalu mula membuka mat perlahan-lahan. Dia menarik nafas lega apabila tiada lagi aurat si gadis yang terdedah. Cuma kepalanya sahaja yang tidak ditutup.

    "Hey, what's wrong with you?" Tanya Nadine pelik. Mamat ni apahal je campak selimut kat orang. Siap menjerit macam nampak hantu lagi. Muka aku ada macam muka Kak Limah ke?

     "Takde wrong-wrongnya. Aku nak kau pergi stor belakang. Cari kotak yang ada pakaian kakak aku. Pakai je apa-apa asalkan kau tutup aurat kau tu. Sakit mata aku menengok" 

Eh, kejap! Aku rasa baju dia pakai tadi lain yang macam dia pakai semalam. Baju mana dia rembat ni?

    "Mana kau dapat baju kau tu?" 

Nadine tersengih "Beli la"

Naim jongket kening. Minta penjelasan.

    "Saya keluar ikut tingkap  lah. Pintu depan tu kunci. Tak boleh nak bukak"

Mulut Naim melopong. What? Keluar ikut tingkap? Gila!

    "Tapi macam mana kau..."

Nadine mengeluh "Saya keluar ikut tingkap. Jalan-jalantu jumpa lah teksi. Tumpang sampai ke bandar. Shopping-shopping baju. Lepas tu baru saya terpikir nak balik macam mana ni. Tapi nasib baik ada sorang lelaki ni tolong hantar sampai rumah. Saya pun masuk rumah ikut tingkap balik. Understand?"

Naim melopong. Berani minah ni keluar dengan orang yang dia tak kenal?

    "Duit?"

Nadine tersenyum lalu menayangkan kad kredit di tangannya.

     "Dah-dah. Pergi salin baju cepat. Kalau tak aku ngap kau sekarang jugak"

Nadine cepat-cepat menuju ke stor belakang. Naim tersenyum nipis. Tahu takut. Ingatkan minah seksi ni tak takut. Pandangan mata Naim jatuh pula pada meja di dapur. 

Dia menelan air liur. Nasi goreng tomato! Terus Naim meluru ke arah meja lalu menceduk nasi ke dalam pinggan. Sesudu nasi disuap ke mulut. Sedap!

Nadine pula masuk ke dapur untuk makan. Perutnya berkeroncong. Lapar gila ni.

     "Wei! Aku punya tu!" Nadine terus mengambil mangkuk besar yang masih berisi separuh. Naim sudah merengus. Pantang betul orang kacau aku makan ni. Dah la makanan favourite aku.

       "Bak sini balik!" Naim yang lebih tinggi terus merampas bekas nasi goreng ditangan Nadine. Nasi goreng yang tinggal separuh semua diceduk ke dalam pinggannya sehingga licin.

    "Tapi saya yang masak..." suara Nadine mula berubah serak. Sedih mungkin tak dapat nasi goreng tomato.

     "Kau guna bahan dalam peti aku kan?" Nadine mengganguk kecil.

      "Tapi saya..."

       "Ada aku kesah?" Pintas Naim cepat. 

Nadine sudah kaku melihat nasi goreng tomato kegemarannya di makan orang lain. Tubir matanya juga sudah berair. Perlahan-lahan air mata menuruni lekuk pipinya. Esakkan kecil Nadine membuatkan Naim angkat kepala dan memandang Nadine yang mengesat air mata di pipinya.

Laaa. Nangis ke? Cengengnya! Getus Naim. Namun, hatinya tetap juga bersalah
 Disebabkan nasi goreng tomato, dia bergaduh begini. Macam budak kecil!

    "Eh, kau janganlah nangis. Aku gurau je. Err nah! Makan ni. Banyak lagi" Naim menolak pinggannya ke arah Nadine.

Nadine masih lagi teresak-esak menangis. Naim sudah garu kepala. Tak ada modak nak pujuk.

   "Haa! Aku suapkan kau. Nak?" Naim pun tak tahu macam mana idea tu boleh keluar. Tapi, yang peliknya. Nadine sudah berhenti menangis dan terus disebelah Naim

   "Eh kenapa ni?" 

Nadine kerut kening "Tadi cakap nak suap. Cepatlah"

Naim tepuk dahi.Sah  anak mak ni. Namun, disebabkan terlanjur kata, dituruti juga. Nasi goreng disudu lalu disuakan ke mulut Nadine. Nadine masih diam tidak membuka mulut.

   "Kenapa ni? Bukak lah mulut kau tu" 

Nadine menggeleng. "Awak suap tak sama macam mama saya suap."

Naim mengeluh kuat. Banyak kerenah lah minah ni.

   "Macam mana mama kau suap?"

    "Macam ni..." Nadine terus mengambil sudu ditangan Naim lalu disua pula ke mulut Naim.

    "Pon! Pon! Kereta api nak masuk. Bukak mulut cepat. Tak bukak saya langgar nanti"ujar Nadine dengan lagak nak suap budak kecik.

Naim terlopong. Seketika kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Sampai menitik air matanya. Perut ditekan akibat terlalu lawak. Naim terguling-guling dilantai dapur dengan ketawa yang masih bersisa.

Nadine memandang Naim pelik. Aku ada buat lawak ke? Selalu macam tu lah mama layan aku. Huh! Pelik

p/s : no idea. Huhu. Sampai sini je bole. Nt akn dsambung




CERPEN : KALAU DAH SUKA 1



 P/S :Hope you alls enjoyz it!


Nadine berlari-lari anak di sepanjang jalan dengan hanya berkaki ayam. High heels 6 incinya dipegang ditangan. Nafasnya sudah tercungap-cungap namun langkah tetap di teruskan. Lampu jalan juga samar-samar kelihatan. Perasaan takut dari tadi sudah menjentik tangkai hatinya. Dia sendiri tidak tahu dia dimana.

Nadine melepaskan lelah dengan duduk di hadapan perhentian bas. Mukanya diraup seketika. Kakinya dibelek. Lebam. Mungkin kerana terlalu lama berlari umtuk melarikan diri dari orang yang dia geruni.

    "Hey you! Stay there!" Jeritan yang nyaring ke arahnya mengejutkan Nadine. Tanpa berfikir panjang, Nadine membuka langkah seribu walaupun kakinya sudah sakit.

Langkah Nadine semakin longlai. Dia sudah tidak berdaya. Tiba di satu selekoh, ada satu cahaya menerangi matanya
Motor! Terus Nadine menahan motor tersebut.

    "Please! Help me. Someone going to kill me. Help me please" rayu Nadine pada lelaki yang memandang pelik ke arahnya. Nadine cepat-cepat naik sekali motor lelaki tadi. 

    "Faster! Dia dah datang!" Ujar Nadine cemas apabila melihat dua orang lelaki bertubuh gemuk sedikit sedang berlari ke arahnya. Lelaki yang tadi terus panik lalu menderum laju. Nadine dibelakang sudah menarik nafas lega.

*******

    "Habis kau nak buat apa sekarang?" Tanya Faruk pada Naim yang kelihatan kusut. Faruk dan Naim hanya memandang sekujur tubuh yang lena tidur di atas sofa dilitupi oleh selimut. Pakaian minah ni gila seksi. Tergugat iman aku nanti. Fikir Naim.

     "Tu yang aku tengah fikir sekarang. Mana aku nak campak minah seksi ni? Tak kan aku nak jaga dia kot. Aku sendiri pun tak terjaga" Naim meramas rambutnya kasar. Kusut! Kusut!

     "Kau campak je dia kat Club Max. Danish mesti boleh handle" jawab Faruk sambil tersengih
 Naim sudah merenung Faruk tajam.

    "Kau ni agak-agak lah bro! Kasi lah idea bernas sikit."

 Faruk tersengih "Apa kata kau kahwin je dengan dia?" Cadang Faruk "Senang nak jaga dia nanti. Dah la kau dengan dia je dalam rumah ni. Silap haribulan kema tangkap khalwat la kau"

Naim menjegil mata "Kau ingat banyak sangat duit aku nak khawin? Kau aje lah kahwin dengan dia"

Faruk menggeleng laju. "Habis aku punya awek nak letak mana? Letak tepi?"

Naim merengus kasar. Tak pasal-pasal tambah  satu masaalah dalam hidup aku yang serba penuh dengan masaalah ni. Minah ni pun aku tak kenal lansung. Sampai rumah boleh pulak dia terus tidur atas sofa aku. Dia tak tahu ke aku tengah cemas gila?

    "Aku chow dulu lah. Kau jaga dia baik-baik. Boleh buat bini tu..."

Naim menjeling Faruk tajam. Mamat ni agak-agak lah sikit . Minah seksi ni nak dijadikan calon? Huh. 

    "Faruk, aku tidur rumah kau" kata Naim dingin. 

Faruk yang baru hendak pergi berpaling memandang Naim sambil menjongket kening. "Apsal?"

     "Kau nak aku khawin free apa dengan minah ni?"

Faruk gelak kecil. Naim masih lagi menjeling tajam.

    "Yalah. Jom!" Ajak Faruk. Naim terus membontoti Faruk ke luar rumah. Pintu rumah dikunci. Tak cukup dengan itu, dimangga pulak. Ya lah. Mana tahu ada orang ceroboh rumah ni. Dan mana tahu minah ni lari. Dia mesti siasat aiapa minah seksi ni. Mesti!

p/s : maaf atas segala kekurangan. Tak sempat nak edit.

Monday 4 May 2015

Cerpen : Cintaku Milikmu



       
CERPEN : CINTAKU MILIKMU
BY : AIREEN SUFIA


    "Khawin jom?" 

Rahangku jatuh. Mulut ku melopong. Silap haribulan boleh masuk lalat dalam mulut aku. Mana taknya, entah lelaki mana aku pun tak kenal tiba-tiba je datang dekat aku ajak aku kahwin. Gila!

   "Kau gila ke apa? Kenal pun tak sesuka hati kau je nak ajak aku khawin" lelaki tadi hanya memandangku. Aku pulak yang rasa tak selesa.

   "Saya Taqif Ashraf. Boleh panggil Qif. Umur 24. Tinggal kat Bangi. Ayah saya Dato Taqiyyudin. Pemilik Taqiy's Holding. Anything else?"

   "Aku tak nak kenal kau pun!" Balasku geram. Mamat ni perasan gila macam lah aku nak kenal dia sangat. Pandai-pandai je kenalkan diri dia.

   "Tapi saya nak kenal awak. Saya nak lebih dari tu. Saya nak khawin dengan awak" tegas Taqif lagi. Degil betul mamat ni. Tak faham bahasa ke aku cakap aku tak nak!

   "Hei! Aku kenal kau tak sampai 5 minit pun, ingat senang-senang aku nak khawin dengan kau? Siapa upah kau suruh pedajal aku ni? Aku tahu la ramai yang dengki kat aku"

Taqif pantas menggeleng "Tak ada siapa pun yang upah saya. Niat saya memang ikhlas. Saya nak khawin dengan awak. Saya nak awak jadi suri hidup saya untuk selamanya" Aku terkedu. Sedikit terkesan dengan ayatnya. Perasaan semacam mula menular di hatiku tapi cepat ku buang rasa itu.

   "Dah! Aku tak nak dengar lagi. Baik kau balik je. Tengok muka pun dah tahu kau ni playboy tak sedar diri yang reti nak musnahkan hidup perempuan je" tuduhku melulu lalu mula mengemaskan buku-buju dan kertas yang berselerak.

   "Pandai betul awak judge orang kan? Tengok muka dah boleh tahu macam mana perangai orang tu?" Balas Taqif sinis. Aku terdiam sambil berfikir ayat apa yang sesuai aku gunakan untuk bidas balik apa yang mamat ni cakap.

   "Tapi kau memang playboy pun kan? Perempuan keliling pinggang. Memang malang nasib isteri kau dapat laki macam kau" entah kenapa hatiku membara apabila berdepan dengan mamat ni.

    "Baik awak tarik balik apa yang awak cakap.." ujarnya dingin.

Aku mengangkat kening "apsal pulak?"

    "Sebab awak lah orang yang akan jadi isteri saya tu" 

Aku terkedu. Lain macam je mamat ni. "Hei. Kau jangan berangan lah. Aku tak ingin nak jadi isteri kau"

   "Tapi awak akan jadi jugak isteri saya yang sah. Tak lama dah. Tunggu ya sayang?" Aku rasa nak muntah dengar dia panggil aku sayang. Geli geleman aku!

    "Whatever!" Aku terus angkat kaki dan blah dari situ. Hatiku panas membara. Memang ini lah perangaiku apabila berhadapan lelaki sejak kejadian hitam memghantui diriku dulu.

********
Aku campak beg sandang ku ke atas katil. Badan ku rebahkan. Lega segala urat. Kepalaku melayang kembali mikirkan lelaki tadi. Kenapa dia tiba-tiba ajak aku kahwin? Dia kenal aku ke? Tapi kenapa macam pernah aku lihat muka dia. Tapi aku tak dapat nak ingat. Banyak sangat masaalah dalam kepala aku.

Telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Telefon ku capai dan punat hijau ku tekan.

    "Assalamualaikum Ira. Sihat tak?" Kedengaran suara ibu di corong telefon. Aku tersenyum nipis. Rindunya pada ibu aku yang sorang ni.

   "Waalaikumussalam ibu. Alhamdulilah sihat. Ibu?" Tanyaku ceria.

    "Sihat aje. Ira ni bila nak kampung jumpa ibu? Tak rindu ibu la tu" suara ibu di corong  talian mulai kendur. Eshh ibu ni. Orang rindu gila kat dia boleh pulak dia cakap macam tu.

   "In shaa Allah next week Ira balik. Ira rindu gila tau"

   "Ermm. Ira rindu gila la ni? Tak rindu ibu? Bertuahnya gila ada orang rindu dia. Ibu ni jugak tak ada orang rindu"

    "Ibu ni! Dah mula dah loyar buruk dia!" Marahku manja. Terdengar ketawa halus ibu di talian.

    "Ibu gurau je sayang. Jangan lupa ya? Minggu depan balik. Orang kat sini dah tak sabar nak jumpa kamu"

   "Okey ibu. Ira balik. Ibu, Ira solat dulu ya. Dah lewat ni" mintaku. Kalau tak tamatkan sekarang jawabnya tak solat lah aku.

   "Ha, yalah. Pergi cepat. Jangan lewatkan solat pulak" nasihat ibu kepadaku.

   "Okey ibu. Assalamualaikum"

    "Waalaikumussalam" punat merah ku tekan. Telefon dicampak ke sebelah. Aku mula menapak ke tandas untuk mengambil wuduk.

********
Aku penat! Aku melepaskan lelah di sofa. Pagi saja aku busy dengan kelas. Kaki aku pun dah lenguh kerana petang tadi hampir tiga jam aku berjalan keliling shopping complex teman housemate ku. Bila ku adu, dia hanya menjawab,

    "Ala Ira. Teman la aku kejap. Malam ni aku nak balik dah. So, tak kan aku nak balik dengan tangan kosong. Kena la bawak balik barang sikit kat kampung tu. Kejap je lagi. Sabar  ye?"

Itulah alasan dia. Dah berapa kali kejap dia bagitahu pun aku tak sempat nak kira. Cakap je kejap tapi, sekali aku mengamuk baru dia reti nak balik.

Jam sudah menunjukkan jam 10.30 malam. Naik kematu teman Dina kat stesen bas tadi. Dari jam 7.30 sampai lah jam 9.30. Hari ni hari paling penat bagi aku.

Aku terus naik ke bilik. Aku nak tidur. Esok kena kemas barang nak balik kampung. Aku merebahkan badan di katil. Baru saja aku ingin terlelap, aku terasa seperti ada sesuatu yang tajam mencucuk-cucuk perutku. Aku mengerangkan kesakitan. Kenapa ni ya allah?

Semakin lama sakit itu semakin terasa bisanya. Kepalaku juga mula berpinar. Aku sedaya upaya cuba bangun untuk mengambil ubat di dalam laci. Mungkin gastrik ku menyerang lagi. Oh aku lupa. Dari pagi sampai sekarang perutku kosong. Aku tak makan apa-apa lagi.

Aku terbaring lesu. Ya allah! Kirimkanlah insan untuk membantu aku. Doaku dalam hati. Seketika kemudian, aku terdengar pintu rumahku diketuk berkali-kali. Tapi sayang seribu kali sayang,aku tidak mampu untuk bangkit. Aku juga tidak mampu untuk menjerit meminta pertolongan. Kepalaku mula terasa berat. Perutku terasa amat sakit tidak dapat ditahan lagi.

Deringan telefonku pula berbunyi. Tanpa mengira siapa pemanggilnya, punat hijau ku tekan.

    "Hello Ira, kenapa tak bukak pintu?" Suara garau menyapa gegendang telingaku. Aku tidak dapat mengecam suara siapa. Aku mengumpul sepenuh tenaga untuk bersuara,

   "To..tolong..." pandangan ku yang berbalam-balam terus gelap. Aku pengsan. Sayup-sayup suara si pemanggil memanggil namaku sebelum aku tidak sedarkan diri.

*********
Taqif mundar mandir dihadapan bilik rawatan yang menempatkan Syahira. Gadis pujaannya. Terkejut bagai nak gila dia apabila terdengar suara Syahira menahan sakit di hujung talian. Pintu terus dirempuh lalu langkah dilajukan ke bilik Syahira.

Hendak luruh jantungnya melihat muka Syahira yang pucat. Badan kecik itu segera dicempung lalu dibawa ke hospital. Tangan gadis itu digenggam. Dingin sekali. Hatinya meronta agar Syahira selamat. Nasi goreng kampung buatannya di dalam bekal diletak di tempat duduk belakang.

Memang niat dia nak bagi Syahira nasi goreng masakkan dia setelah Dina mengkhabarkan Syahira belum menjamah apa-apa makanan. Makin risau dia apabila mendapat tahu Syahira ada gastrik.

Taqif meraup muka beberapa kali. Apabila melihat seorang doktor lengkap berkot keluar dari bilik rawatan tersebut, terus perihal Syahira ditanya.

   "Macam mana dengan dia doc? Dia okey tak? Gastrik dia serius ke? Boleh saya lawat dia?" Bertubi-tubi soalan ditanya.

Doktor yang memakai tag nama Azwan hanya  senyum nipis.

   "Alhamdulilah dia okey. Tak serius sangat tapi buat masa ni saya sarankan agar rutin pemakanan Cik Syahira dijaga dengan teliti. Cik Syahira berisiko tinggi menghidap gastrik di tahap yang lebih kronik jika rutin pemakannya tidak dijaga"

   "Okey doc. Terima kasih"

   "Sama-sama" Taqif segera masuk untuk melawat Syahira. Gadis itu kelihatan masih lena tidur.Taqif tersenyum manis melihat Syahira.

********

   "Naik kereta saya. Saya hantar awak balik" ujar Taqif sesudah aku melangkah keluar dari hospital. 

Aku memandang Taqif "Aku belum nazak lagi. Kau tak payah nak susah-susah. Teksi ada"jawapku malas. Memang tak mengenang budi betul aku ni. Dia dah tolong aku tapi aku masih buat dingin dengan dia.

    "Jangan degil. Naik kereta saya. Saya tolong hantarkan" aku merengus geram. Namun, aku tetap menaiki kereta  Toyota Wishnya. Naik naik teksi pun aku bukan ada duit.

    "Kita nak pergi mana ni?" Tanyaku pelik apabila jalan dilaluinya bukan untuk kerumahku.

   "Makan" sepatah saja jawap Taqif yang tekun memandu.

   "Aku tak lapar" kataku

   "Tapi perut awak lapar. Perut saya pun lapar jugak ni"

   "Aku cakap tak lapar tu tak la" tegasku. Apahal nak paksa orang?

    "Awak tu gastrik. Kena makan. Kang lagi teruk gastrik tu baru tahu. Tu lah, saya suruh kahwin dengan saya awak tak nak. Kalau saya ada boleh la jaga awak"

Eh-eh mamat ni bagi ceramah free kat aku pulak.

   "Aku boleh jaga diri. Kau tak payah nak sibuk"

   "Okey! Dah sampai. Jom!" Ajaknya. Dia turun lalu membukakan pintu untukku. Aku tergamam sekejap tapi cepat-cepat aku mengawal riak muka ku.

   "Cepatlah sayang. Perut dah berbunyi ni"

    "Eshhh. Sabar lah!" Aku cepat-cepat turun lalu menolak badannya ke tepi. Aku berjalan selamba ke arah kedai mamak tanpa mempedulikan si Taqif.

Ingatkan nak bawak makan kat restoren. Cehh!

    "Order!" Aku menggamit pelayan kedai makan tersebut.

    "Kasi teh tarik satu. Roti canai kasi sepuluh keping" aku order ikut suka hati aku je. Lagipun memang aku tengah lapar ni.

   "Amboii! Makan ke melantak ni?" Tanya Taqif yang sudah duduk dihadapanku.

    "Sibuk lah kau!"

    "Tak takut ke tak muat baju pengantin nanti?"

Aku merenung Taqif tajam. Dia hanya sengih macam kerang busuk.

   "Gurau je. Tapi kali ni saya serius. Jom khawin? Syahira Akila.."

Aku buat bodoh. Tapi dalam hati dah berdebar. Entah kenapa aku rasa macam ni.

    "Ira, kenapa awak tak boleh terima saya? Ke awak cari Mr Perfect Ten? "

Aku tersentak. Tapi aku pura-pura tenang. "Kita tak kenal"

    "Itu bukan alasan. Kita boleh kenal lepas nikah"

    "Aku tak cinta kau"

    "Cinta boleh dipupuk selepas khawin. Lagi berkat"

    "Aku tak suka kau"

     "Jadi isteri saya. Awak akan suka saya"

Aku mengeluh kuat. "I'm give up!" Aku malas dah nak layan mamat tak kenal erti putus asa ni.

Aku terus bangun lalu meninggalkan pinggan yang masih bersisa roti canai. Aku tak ada mood nak layan si Taqif. Taqif pula apa lagi. Tergopoh-gopoh mengejar aku. Haihh! Dia dah angau sangat ke aku?

*******

    "Ibu! Kenapa ibu buat Ira macam ni?" Tanyaku kesal. Air mata mula bergenang di tubir mata.

   "Kenapa tak tanya Ira dulu? Ini hak Ira. Ira ada hak nak pilih siapa pilihan hidup Ira. Kenapa ibu pandai-pandai terima pinangan orang yang kita tak tahu asal usul dari mana tu?" Luahku lagi. Aku sedih! Tanpa diberitahu, ibu dan abahku telah menerima pinangan dari seseorang. Aku dah ada pilihan sendiri...

   "Abah kamu yang terima nak. Ibu dah cakap, dengar keputusan kamu dulu. Tapi abah degil. Abah tetap terima. Ibu, harap kamu redha. Mungkin jodoh kamu dah sampai"

Aku terus berlari masuk ke bilik. Air mataku bercucuran jatuh membasahi lekuk pipiku. Akhirnya aku terlena dalam duka.

********

Aku ada misi yang perlu dilaksanakan. Aku harus berbincang dengan Taqif. Perkara ni penting dah harus diberitahu segera. Aku tidak mahu dia kecewa keranaku.

    "Assalamualaikum Ira. Boleh saya duduk?" Sapa Tafiq lalu melabuhkan duduk dihadapanku.

    "Waalaikumussalam. Duduk je lah. Memang tempat untuk kau pun" jawapku.

     "Taqif..." Taqif memandangku.

    "Yes?"

    "Lupakan aku. Aku dah nak khawin. Aku harap kau boleh terima takdir ni. Kita tak ada jodoh"

Taqif kelihatan tersentak "Dengan siapa?"

    "Itu bukan hak kau untuk tahu. Aku hanya nak mintak supaya engkau jangan kacau aku lagi" hatiku tiba-tiba saja dipagut rasa pilu. Mungkin kerana secebis hatiku sudah menjadi milik Taqif.

    "Okey. Saya tak kan ganggu awak lagi. Maaf menyusahkan awak selama ni" aku tergamam. Begitu mudah Taqif menyerah kalah? Mana kesungguhan yang ditunjukkan kepadaku dulu untuk menikahi ku?

    "Kalau macam tu, aku pergi dulu selamat tinggal. Assalamualaikum" cepat sahaja aku bangun dari dudukku. Taqif masih tidak jemu memandangku. 

    "Waalaikumussalam"

Terasa berat kakiku untuk melangkah. Aku masih berharap agar Taqif menahanku dan melamarku lagi sekali. Mesti akan ku terima. Namum hampa. Taqif masih diam. Perkhabaran ku tadi seperti tidak memberi kesan kepadanya

Aku mula mengatur langkah untuk pergi. Tetapi, aku berpaling sekejap memandang Taqif.

    "Aku harap kau orang yang tetapi janji dan mengambil serius tentang apa yang kau cakap..." Air mata tiba-tiba sahaja gugur. Namun cepat ku seka.

Aku terus berlalu meninggalkan Taqif terpinga-pinga tidak tahu apa maksud ayatku.

*******

Aku gengam tanganku. Aku cuba beristighfar untukeredakan kemarahanku yang meledak. Aku tenang seketika tapi api karahanku makin memuncak apabila terjegul satu wajah di pintu bilik pengantinku.

Bukk! 

    "Aduhh!" Taqif mengadu sakit apabila tumbukkan ku melayang tepat ke bahunya. Aku tersenyum puas.

   "Kenapa ni sayang?"

   "Kau boleh tanya aku kenapa? Hei, kenapa kau tak bagitahu aku orang yang masuk meminang aku tu ialah kau. Buat bazir air mata dengan air liur aku je nangis depan kau dulu" 

    "Sayang pun tak pernah nak ambik tahu siapa future husband sayang."

     "At least kau kasi tahu aku la kau nak masuk minang aku. Ni tak. Senyap-senyap pulak. Nasib baik aku terima. Buatnya aku lari masa majlis tu macam mana?" Marahku lagi. 

Memang aku terkejut gila bila dapat tahu bakal suami aku tu si Taqif. Menyesal aku nagis depan dia dulu. Patutlah dia buat slumber badak je dulu bila aku cakap aku nak khawin.

    "Dah la sayang. Perkara yang lepas tak yah dikenang. Kita kena fikir perkara yang akan datang. Contohnya malam ni. Kita nak buat apa ya sayang?" Tanya Taqif sambil tersengih miang.

Bukkk! Satu lagi tumbukkan dari aku. Tapi kali ni di bahu kirinya.

    "Kau jangan nak jadi otak kuning sangat.  Kang tak pasal-pasal aku sepak kau sampai ke luar. Tidur la kau kat luar ru"

Taqif ketawa kecil. "Dah la sayang. Tak nak mandi ke? Dah bau macam sebulan tak mandi ni. Masam semacam je" usik Taqif lagi.

Muka ku terus merah padam. Badan aku lah paling susah nak berbau. Boleh pulak dia cakap macam tu?

   "Gurau je sayang. Sayang wangi sangat tau. Macam nak cium-cium je"

     "Wekkk!" Aku menjelirkan lidah lalu berlari masuk ke tandas. Selesai mandi dan solat isyak, aku rebahkan badan di katil.

     "Sayang... sayang tahu tak tanggungjawab isteri?"

Hah! Dia dah mula dah! Dah mula dengan ceramah free dia yang entah apa-apa tu.

    "Mesti la tahu. Jaga makan pakai suami,layan suami..."

    "Ha, tahu pun! So, tak nak layan abang ke?"

Bukkk! Sekali lagk tumbukkan hinggap di bahu Taqif. Lelaki miang!

    "Gatal!" Ujarku seraya menarik selimut lalu menutup seluruh badanku.

   "Ehh, sayang! Abang nak masuk jugak" rengek Taqif. Selimutku ditariknya. Aku rentap kembali lalu bangun memandang Taqif tajam.

    "Kalau kau tak nak aku bukak silat gayong aku kat sini, lebih baik kau tidur elok-elok kat situ. Jangan nak gatal sangat!" Ujarku geram lalu membaling bantal kecik ke muka Taqif.

    "Alaaaa sayang. Sampai hati. Nak merajuk dengan sayang seminggu"kata Taqif lalu tangan disilang ke dada. Mulut dimuncungkan.

Ya allah! Apasal gedik sangat mamat ni? Dah la manja mengalahkan perempuan. Aku yang perempuan ni pun tak ada la sampai macam tu.

    "Merajuk setahun pun aku tak kesah" aku selimutkan badan sampai paras dada lalu baring mengiring menghadapTaqif. Tidur membelakangkan suami kan berdosa.

     "Apa lah sayang ni. Orang nak manja-manja sikit pun tak boleh" suara Taqif kelihatan merajuk. Dia berbaring menghadapku lalu pipiku di cubit lembut. Aku hanya pejam mata dan pura-pura tidur.

    "Cubit pipi pun jadi lah. Kalau aku kiss tak pasal-pasal dia terajang aku sampai keluar nanti" bisik hati Taqif. Lalu mereka terlelap sendiri.

*****

Hari pertama menjadi isteri sudah mampu membuat aku mati kebosanan. Mana taknya, semua kerja dah siap. Cuma, satu bilik sahaja belum aku kemaskan. Bilik bacaan. Aku terus menuju ke bilik bacaan tersebut lalu membuka pintunya.

Hmmm. Kemas. Tak adalah bersepah sangat. Laci meja ku buka. Penuh dengan kertas-kertas lerja. Sedang asyik mengemas laci meja, aku terjumpa satu diari berwarna merah hati milik suamiku.

Muncul perasaan tertarik untuk membacanya. Helaian pertama aku selak.

    Aku rasa bersalah sangat dekat dia. Aku akan tebus segala kesedihan yang ditanggungnya selama ini - Qif

Helaian kedua

Walaupun abang dah tak ada, aku akan laksanakan amanat dia kepadaku -Qif

Beberapa helaian lagi..

Yes! Finally! Aku kahwin jugak dengan dia. Segala yang abang aku mintak telahku laksanakan. Cuma, aku takut untukemberitahu bahawa akulah adik kepada orang yang cuba memperkosa dia (Ira). Aku harap dia boleh terima aku dan dia boleh maafkan kesilapan abang aku- Qif

Aku menutup diari tebal sebelum sempat menghabiskannya. Dadaku berombak. Mataku panas menahan air mata yang cuba ditahan di tubir mata. Hatiku meledak apabila memikirkan perkhabaran yang satu ini.

Tiba-tiba pintu dikuak seseorang dari luar. Terjegul wajah Taqif  yang tersenyum manis.

    "Sayang! Abang dah balik..." ucapnya ceria.

    "Ehh..." wajah ceria tadi bertukar gusar. Aku boleh lihat aura gelisah diwajahnya.

    "Sayang... diari tu... sayang dah baca ke?" Tanya Taqif sambil meneguk air liur. Mampus!

Aku segera bangun mendekati Taqif. Diari tebal ditangan ku baling kasar ke dinding. 

    "Lelaki jahanam yang cuba nak musnahkan hidup aku tu abang kau lah ya? Dah kau kahwin dengan aku sebab abangkau?! Kau ingat senang-senang aku nak maafkan abang kau? Dasar syaitan bertopengkan manusia!"  amukku. Kertas-kertas yang sudah disusun di dalam fail aku baling pada dinding.

   "Ya allah. Sabar sayang. Istighfar! Ingat Allah" Taqif cuba menenangkanku.

    "Kau ingat aku boleh bertenang bila ingat pasal abang kau? Pasal abang kau abah aku benci aku! Sampai bila-bila aku tak akan maafkan dia"

   "Ira, arwah Faqif dah tak ada. Tak boleh ke sayang maafkan dia?"

   "No! Aku benci dia. Aku juga benci kau sebab kau kahwin dengan aku atas dasar kasihan dan atas permintaan abangku. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku!" Kataku keras lalu berlari keluar dari rumah. Taqif juga mengejar. Tanpa aku sedari, ada lori yang hampir melanggarku apabila aku tergesa-gesa ingin melintas. Taqif meluru ke arahku dan tubuhku ditolak ke tepi.

   "Sayang ok?" Tanya Taqif. Badanku terasa sengal apabila jatuh dengan kuat. Aku terharu. Ya! Terharu sangat. Taqif sanggup membahayakan nyawanya demi menyelamatkan aku.

    "Sayang, abang nak sayang tahu yang cinta abag  pada sayang bukan atas dasar permintaan arwah Faqif mahupun simpati. Mula-mula abang nampak sayang abang dah jatuh cinta. Tapi, sayang milik Faqif. Abang kecewa. Tapi bila dapat tahu yang sayang putus dengan Faqif, abang happy sangat. Abang fikir nak masuk minang sayang je terus. Tambah-tambah setelah apa yang arwah buat kat sayang. Abang harap sayang maafkan arwah. Arwah dah insaf. Abang nak arwah tenang kat sana. Boleh sayang?"

Aku mengesat air mataku. Aku hanya diam tidak memberi jawapan. Taqif memapahku ke halaman rumah.

    "Aku maafkan arwah Faqif." Ujarku senafas.

   "Betul ke sayang? Alhamdulilah!" Taqif meraup muka tanda bersyukur.

    "Abang janji abang akan jaga sayang baik-baik. Abang nak tebus segala keperitan yang sayang tempuh dulu"

Aku tersenyum tawar "Terima kasih abang"

Taqif tersenyum lebar mendengar aku memangginya sayang.

*******

    "Anak-anak babah tidur ya. Babah nak masuk bilik dengan umi. Ingat! Tidur. Jangan ngada-ngada nak tidur bilik babah dengan umi" kata Taqif pada 2 orang anak kembarnya.
Nur Syahirah dan Taqif Ishraf.

    "Ya babah. Sya tahu babah nak privacy" balas si kecil yang berumur 8 tahun. Taqif dan Ishraf tergelak kecil.

    "Apa yang lucu sangat ni?" Tanyaku pula yang baru sudah
mencuci pinggan.

     "Tak ada apa-apa lah sayang. " jawab Taqif.

    "Eh, sayang kenapa anak kita tak cukup sorang?"

Aku kerut kening "Anak kita kan ada dua je?"

    "Kan kita dah plan nak tiga orang anak?"

    "So?" Tanyaku pelik.

    "Jom la buat sorang lagi"

    "Gatal!!" Jeritku kecil lalu menghadiakan cubitan ketam.

      "Auchh! Sakit sayang" adu Taqif manja.

      "Haha. Padan muka"

Aku dan anak beranak terus ketawa gembira.

Aku bersyukur sangat dikurniakan suami sebaik Taqif. Hidupku menjadi lagi ceria dengan kehadiran dua orang pertama hatiku. Aku memanjat kesyukuran kepada Ilahi. Semoga perkhawinanku diberkati. Amin

P/S : ni first cerpen yang saya buat. Saya mintak ampun sangat2 jika tidak menepati selera anda. Mungkin juga cerpen ni bercelaru. Harap dapat memberi komen yang membina untuk saya perbaiki lagi kualiti cerpen saya.