Friday, 8 May 2015
CERPEN : KALAU DAH SUKA 1
P/S :Hope you alls enjoyz it!
Nadine berlari-lari anak di sepanjang jalan dengan hanya berkaki ayam. High heels 6 incinya dipegang ditangan. Nafasnya sudah tercungap-cungap namun langkah tetap di teruskan. Lampu jalan juga samar-samar kelihatan. Perasaan takut dari tadi sudah menjentik tangkai hatinya. Dia sendiri tidak tahu dia dimana.
Nadine melepaskan lelah dengan duduk di hadapan perhentian bas. Mukanya diraup seketika. Kakinya dibelek. Lebam. Mungkin kerana terlalu lama berlari umtuk melarikan diri dari orang yang dia geruni.
"Hey you! Stay there!" Jeritan yang nyaring ke arahnya mengejutkan Nadine. Tanpa berfikir panjang, Nadine membuka langkah seribu walaupun kakinya sudah sakit.
Langkah Nadine semakin longlai. Dia sudah tidak berdaya. Tiba di satu selekoh, ada satu cahaya menerangi matanya
Motor! Terus Nadine menahan motor tersebut.
"Please! Help me. Someone going to kill me. Help me please" rayu Nadine pada lelaki yang memandang pelik ke arahnya. Nadine cepat-cepat naik sekali motor lelaki tadi.
"Faster! Dia dah datang!" Ujar Nadine cemas apabila melihat dua orang lelaki bertubuh gemuk sedikit sedang berlari ke arahnya. Lelaki yang tadi terus panik lalu menderum laju. Nadine dibelakang sudah menarik nafas lega.
*******
"Habis kau nak buat apa sekarang?" Tanya Faruk pada Naim yang kelihatan kusut. Faruk dan Naim hanya memandang sekujur tubuh yang lena tidur di atas sofa dilitupi oleh selimut. Pakaian minah ni gila seksi. Tergugat iman aku nanti. Fikir Naim.
"Tu yang aku tengah fikir sekarang. Mana aku nak campak minah seksi ni? Tak kan aku nak jaga dia kot. Aku sendiri pun tak terjaga" Naim meramas rambutnya kasar. Kusut! Kusut!
"Kau campak je dia kat Club Max. Danish mesti boleh handle" jawab Faruk sambil tersengih
Naim sudah merenung Faruk tajam.
"Kau ni agak-agak lah bro! Kasi lah idea bernas sikit."
Faruk tersengih "Apa kata kau kahwin je dengan dia?" Cadang Faruk "Senang nak jaga dia nanti. Dah la kau dengan dia je dalam rumah ni. Silap haribulan kema tangkap khalwat la kau"
Naim menjegil mata "Kau ingat banyak sangat duit aku nak khawin? Kau aje lah kahwin dengan dia"
Faruk menggeleng laju. "Habis aku punya awek nak letak mana? Letak tepi?"
Naim merengus kasar. Tak pasal-pasal tambah satu masaalah dalam hidup aku yang serba penuh dengan masaalah ni. Minah ni pun aku tak kenal lansung. Sampai rumah boleh pulak dia terus tidur atas sofa aku. Dia tak tahu ke aku tengah cemas gila?
"Aku chow dulu lah. Kau jaga dia baik-baik. Boleh buat bini tu..."
Naim menjeling Faruk tajam. Mamat ni agak-agak lah sikit . Minah seksi ni nak dijadikan calon? Huh.
"Faruk, aku tidur rumah kau" kata Naim dingin.
Faruk yang baru hendak pergi berpaling memandang Naim sambil menjongket kening. "Apsal?"
"Kau nak aku khawin free apa dengan minah ni?"
Faruk gelak kecil. Naim masih lagi menjeling tajam.
"Yalah. Jom!" Ajak Faruk. Naim terus membontoti Faruk ke luar rumah. Pintu rumah dikunci. Tak cukup dengan itu, dimangga pulak. Ya lah. Mana tahu ada orang ceroboh rumah ni. Dan mana tahu minah ni lari. Dia mesti siasat aiapa minah seksi ni. Mesti!
p/s : maaf atas segala kekurangan. Tak sempat nak edit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment