Friday, 8 May 2015

CERPEN : KALAU DAH SUKA 2




Naim berdiri tegak dihadapan pintu  rumahnya. Nak bukak ke tak? Minah tu dah bangun ke? Tak kan tak bangun lagi? Matahari dah tegak atas kepala ni.


Arhh! Masuk jela. Naim mengeluarkan kunci lalu membuka mangga yang besar gedabak tu. Sebaik saja pintu dibuka, aroma yang amat menyelerakan menyapa hidungnya. Nasi goreng tomato! My favourite. Tapi siapa yang masak?

Naim menghala ke ruang tamu. Tiada orang. Selimut juga dibiarkan tidak berlipat. Ishh. Minah ni teruk betul. Tak reti nak kemas balik ke? Naim terus membawa selimut itu ditangan sebelum ke bilik untuk menyimpannya.

Sebaik sahaja lalu di hadapan dapur, kelihatan seorang gadis yang hanya memakai seluar ketat paras paha dengan baju baby doll sedang menghidang makanan. Perasan yang dirinya diperhati, gadis tersebut  terus mengangkat muka dan tersenyum manis ke arah Naim.

     "Good morning" sapa gadis itu ramah lalu berjalam ke arah Naim. 

Naim yang kelam kabut terus menjerit "Allah!" Lalu menutup mata sambil mencampak selimut ditangannya ke arah gadis tadi sehingga seluruh badan gadis tadi sudah dilitupi dengan selimut.

    "Kau! Pakai selimut tu. Jangan buang" arah Naim lalu mula membuka mat perlahan-lahan. Dia menarik nafas lega apabila tiada lagi aurat si gadis yang terdedah. Cuma kepalanya sahaja yang tidak ditutup.

    "Hey, what's wrong with you?" Tanya Nadine pelik. Mamat ni apahal je campak selimut kat orang. Siap menjerit macam nampak hantu lagi. Muka aku ada macam muka Kak Limah ke?

     "Takde wrong-wrongnya. Aku nak kau pergi stor belakang. Cari kotak yang ada pakaian kakak aku. Pakai je apa-apa asalkan kau tutup aurat kau tu. Sakit mata aku menengok" 

Eh, kejap! Aku rasa baju dia pakai tadi lain yang macam dia pakai semalam. Baju mana dia rembat ni?

    "Mana kau dapat baju kau tu?" 

Nadine tersengih "Beli la"

Naim jongket kening. Minta penjelasan.

    "Saya keluar ikut tingkap  lah. Pintu depan tu kunci. Tak boleh nak bukak"

Mulut Naim melopong. What? Keluar ikut tingkap? Gila!

    "Tapi macam mana kau..."

Nadine mengeluh "Saya keluar ikut tingkap. Jalan-jalantu jumpa lah teksi. Tumpang sampai ke bandar. Shopping-shopping baju. Lepas tu baru saya terpikir nak balik macam mana ni. Tapi nasib baik ada sorang lelaki ni tolong hantar sampai rumah. Saya pun masuk rumah ikut tingkap balik. Understand?"

Naim melopong. Berani minah ni keluar dengan orang yang dia tak kenal?

    "Duit?"

Nadine tersenyum lalu menayangkan kad kredit di tangannya.

     "Dah-dah. Pergi salin baju cepat. Kalau tak aku ngap kau sekarang jugak"

Nadine cepat-cepat menuju ke stor belakang. Naim tersenyum nipis. Tahu takut. Ingatkan minah seksi ni tak takut. Pandangan mata Naim jatuh pula pada meja di dapur. 

Dia menelan air liur. Nasi goreng tomato! Terus Naim meluru ke arah meja lalu menceduk nasi ke dalam pinggan. Sesudu nasi disuap ke mulut. Sedap!

Nadine pula masuk ke dapur untuk makan. Perutnya berkeroncong. Lapar gila ni.

     "Wei! Aku punya tu!" Nadine terus mengambil mangkuk besar yang masih berisi separuh. Naim sudah merengus. Pantang betul orang kacau aku makan ni. Dah la makanan favourite aku.

       "Bak sini balik!" Naim yang lebih tinggi terus merampas bekas nasi goreng ditangan Nadine. Nasi goreng yang tinggal separuh semua diceduk ke dalam pinggannya sehingga licin.

    "Tapi saya yang masak..." suara Nadine mula berubah serak. Sedih mungkin tak dapat nasi goreng tomato.

     "Kau guna bahan dalam peti aku kan?" Nadine mengganguk kecil.

      "Tapi saya..."

       "Ada aku kesah?" Pintas Naim cepat. 

Nadine sudah kaku melihat nasi goreng tomato kegemarannya di makan orang lain. Tubir matanya juga sudah berair. Perlahan-lahan air mata menuruni lekuk pipinya. Esakkan kecil Nadine membuatkan Naim angkat kepala dan memandang Nadine yang mengesat air mata di pipinya.

Laaa. Nangis ke? Cengengnya! Getus Naim. Namun, hatinya tetap juga bersalah
 Disebabkan nasi goreng tomato, dia bergaduh begini. Macam budak kecil!

    "Eh, kau janganlah nangis. Aku gurau je. Err nah! Makan ni. Banyak lagi" Naim menolak pinggannya ke arah Nadine.

Nadine masih lagi teresak-esak menangis. Naim sudah garu kepala. Tak ada modak nak pujuk.

   "Haa! Aku suapkan kau. Nak?" Naim pun tak tahu macam mana idea tu boleh keluar. Tapi, yang peliknya. Nadine sudah berhenti menangis dan terus disebelah Naim

   "Eh kenapa ni?" 

Nadine kerut kening "Tadi cakap nak suap. Cepatlah"

Naim tepuk dahi.Sah  anak mak ni. Namun, disebabkan terlanjur kata, dituruti juga. Nasi goreng disudu lalu disuakan ke mulut Nadine. Nadine masih diam tidak membuka mulut.

   "Kenapa ni? Bukak lah mulut kau tu" 

Nadine menggeleng. "Awak suap tak sama macam mama saya suap."

Naim mengeluh kuat. Banyak kerenah lah minah ni.

   "Macam mana mama kau suap?"

    "Macam ni..." Nadine terus mengambil sudu ditangan Naim lalu disua pula ke mulut Naim.

    "Pon! Pon! Kereta api nak masuk. Bukak mulut cepat. Tak bukak saya langgar nanti"ujar Nadine dengan lagak nak suap budak kecik.

Naim terlopong. Seketika kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Sampai menitik air matanya. Perut ditekan akibat terlalu lawak. Naim terguling-guling dilantai dapur dengan ketawa yang masih bersisa.

Nadine memandang Naim pelik. Aku ada buat lawak ke? Selalu macam tu lah mama layan aku. Huh! Pelik

p/s : no idea. Huhu. Sampai sini je bole. Nt akn dsambung




1 comment: